Rabu, 26 Maret 2014

Tolong cintai aku...untuk sekali lagi... Prolog




'Andai mampu kuputarkan waktu....tak akan kulepaskan eratnya jemarimu......'


Prolog

Sebaik pintu D'Embassy Club itu dibuka, Mellisa terus melangkah masuk. Pandangan matanya dilemparkan kesekeliling kelab tersebut. Sunyi sepi. Sekilas itu jam di tangannya di kerling. Baru pukul lapan malam. Patutlah keadaan kelab tersebut masih lengang lagi. Masih terlalu awal rupanya. Desisnya di dalam hati. Tanpa mengendahkan keadaan ketika itu, Mellisa terus berjalan perlahan menuju ke satu sudut yang berhampiran dengan grand piano diletakkan.

"Lisa"

Mellisa berpaling apabila terdengar namanya diseru oleh seseorang. Melihat kelibat gerangan lelaki yang memanggilnya, Mellisa terus mengukirkan senyuman manis di bibir.

"Where have you been?" soal lelaki cina yang bernama Chris itu sebaik tubuh tinggi lampai Mellisa
dihampiri.

"Holiday," balas Mellisa sepatah dan dengan senyum yang masih mekar di bibir.

"It's almost six months I think.."

Mellisa mengangguk.

"So now, tell me where have you been?"

"Japan...." sepatah lagi Mellisa membalas seolah-olah malas untuk membuka cerita. Baginya biarlah apa yang berlaku hampir setahun yang lalu menjadi sejarah di dalam hidupnya dan kalau boleh kisah itu tidak mahu diingati lagi. Kalau boleh dia lebih rela ianya terus hilang dari ingatan dan selamanya terpadam.

"So, bila you balik sini?" soal Chris lagi masih lagi tidak jemu mengorek cerita.

Mellisa tersenyum nipis. "I baru sampai semalam dan minggu depan I akan balik US.."

Sudah bulat mata lelaki cina tu memandang ke arah Mellisa. "You nak stay sana?" soalnya memohon kepastian.

Sekali lagi Mellisa mengangguk.

Chris melepaskan nafas berat. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Why?" soal Mellisa apabila melihat kelat wajah lelaki di hadapannya itu.

"Ermmm….I'm gonna miss you Lisa." perlahan Chris membalas.

Mellisa tergelak kecil. Tidak habis-habis lelaki yang bernama Chris ini cuba mencuri hatinya tapi tak pernah walau sekalipun luahan cinta lelaki itu disambut mesra atau terketuk di dasar hatinya.

"I'm gonna miss you too Chris… but as a friend …a very good friend…"

Chris terdiam. Wajah Mellisa di renung dalam. Mellisa memang cantik orangnya. Berkulit putih, tinggi lampai, berwajah bujur sirih,berbibir mongel, bermata redup dan mempunyai hidung yang  mancung. Wajah kemelayuannya jelas ketara. Rambutnya pula ikal separas dada. Hati siapa yang tidak

Tidak ada komentar:

Posting Komentar