Tajuk : Cinta 3 Suku
Penulis : Herna Diana
Harga : RM19.90
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Halaman : 512
2010 : cetakan 1 & 2
2011 : cetakan 3, 4, & 5
SINOPSIS
‘SKETSA
Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara
Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan
tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.

Komen Cik Mira :
Novel
nie memang SUPER BEST! Baca sinopsis je dah tahu dah mesti novel nie
best. Tahniah Kak Herna Diana kerana telah menulis novel yang BEST.Aku
baca asyik tergelak je dengan telatah NURUL IMAN yang nakal tu.
Sampaikan adik aku kata aku gila coz gelak sorang2. Bila Iman dgn Arie
jumpa kompem gaduh..bila diaorang dah kamceng tetap gaduh
jugak..ala..gaduh2 manja bak kata Arie.. SO SWEET...
1st time aku baca jumaat lepas n
tadi aku baru je habis baca untuk kali yang ke-2. You see..nampak sangat
la best. Aku dah dapat respon baik dari kawan yang dia kata memang
best.. dengan cover buku yang menarik, telah menarik hati aku untuk
membacanya tau..
Nak tahu apa jadi kat Arie n Iman
lepas nie??? korang kena la beli buku nie dan baca sendiri. Karang aku
citer, x best pulak bila korang baca.. Apa orang kata..x de FEE
gitu...Korang jangan risau..ending dia baik punya... HAPPY ENDING...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar