Novel Lafazkan Cinta Mu ini adalah novel favorite aku ... seronok baca
berulang-ulang ... penuh dengan adegan suspen dan mencabar .. hehe ..
mencabar tu maksudnya mancabar mental .. bab sedih dia lah yang mencabar
tu .. penulis Aida Adriani ni memang pakar dalam mengolah adegan sedih
dan tragisnya ... ingat novel Cinta Mu Di Hati
.. pun sama penuh dengan adegan yang mencabar mental ... jadi, jom
layan sinopsis novel Lafazkan Cinta Mu karya Aida Adriani ni ...
" Ucapkan sekali saja dan akan ku simpan di sepanjang hayat ku "
Sinopsis oleh : aznanie
Kisah silam yang amat
memeritkan itu terjadi di luar mahunya. Kerana kejadian hitam di mana
dirinya di fitnah oleh bakal mertuanya sendiri, Tuan Darus. Tuan Darus
orang kaya di Kampung Bukit Tinggi, tidak menyukainya tetapi disebabkan
Zamri beria-ia mahu memperisterikannya, Tuan Darus terpaksa menurut kemahuan anak lelaki kesayangannya itu.
Bila Zamri di tangkap kerana
menagih dadah, Tuan Darus menyalahkan Erina dengan alasan Erina lah yang
bertanggungjawab di atas penangkapan Zamri. Ini kerana Erina tidak mahu
berkahwin dengan Zamri. Dia mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Tuan Darus menfitnah Erina dengan mengupah orang untuk memalukan Erina
dengan mengatakan dia melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki. Erina
yang tidak dapat menerima fitnah itu telah mengikut Mak Long Zainab ke
Kuala Lumpur. Dan disebabkan fitnah itu
jugaklah ibu Erina, Mak Cu Senah jatuh sakit lalu meninggal dunia. Tak
lama kemudian Mak Long Zainab pun pergi menemui ilahi. Tinggal lah Erina
meneruskan kehidupan sebatang kara.
Haikal tidak menduga adanya wajah yang seiras arwah adiknya, Hana
Munirah. Pertama kali bertentang mata dengan Erina, bagai bermimpi. Adakah kemunculan Erina
sebagai ganti adiknya tapi hatinya bagai di usik bila bersama gadis
itu. Haikal buntu dengan perasaannya sedangkan dirinya diasak dengan
rasa setia pada gadis yang lama bertahta di hati.
Kepulangan Julie tidak
mengembirakan dirinya. Sikap Julie yang bersahaja membuatkan dirinya
terpana. 5 tahun berjauhan tanpa sebarang berita tentulah menghantar
rasa kekok bila bertemu semula. Keluarga mulai mendesak semoga hubungan
mereka dimeterai dengan ikatan pertunangan setelah sekian lama diikat
dengan janji. Haikal mulai sangsi dengan kesetian Julie kerana
kecurangan Julie jelas di depan mata namun kerana tidak mahu
mengecewakan kedua belah keluarga, dia bersetuju untuk bertunang walau
jauh di sudut hati hanya Erina di hatinya.
Berita pertuanangan Haikal di
sambut pilu oleh Erina kerana tanpa sedar dirinya jatuh kasih pada
lelaki itu. Ucapan rindu dan sayang yang sering diucapkan Haikal
menghantar rasa aneh dalam dirinya. Perasaan selesa bila bersama Haikal
lebih dari rasa seorang adik kepada abangnya walaupun Haikal
menganggapnya seperti penganti adiknya.
Kesungguhan Razwan untuk memiliki cintanya membuatkan Erina tidak sampai hati untuk menolak. Akhirnya dia menerima lamaran Razwan
walau tiada segelumit cinta untuk lelaki itu. Dan tanpa diduga
pertunangan Haikal dan Julie terputus. Alasan Julie sudah tiada
persefahaman antara mereka namun tidak dinyatakan yang dirinya sudah ada
penganti Haikal. Dan Haikal yang tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan
hanya mendiamkan diri tanpa mempertahankan dirinya bila semua kesalahan
di tuding padanya.
Perkahwinan Erina dan Razwan
tidaklah seindah yang di fikirkan. Razwan pandai bersandiwara. Di
khalayak ramai mereka bagai pasangan yang bahagia namun hakikatnya tidak
begitu. Razwan tidak pernah menyentuhnya. Itu yang menghairankan Erina.
Namun tidak diceritakan kemelut rumahtangganya kepada sesiapa. Dia harus menjaga maruah suaminya. Dia mulai belajar menyayangi Razwan.
Namun, kasih yang baru berputik itu hancur lebur apabila sikap Razwan yang semakin meliar apabila dia dibuang kerja dan mulai bercampur
dengan kawan-kawan lamanya. Dan bertapa hancurnya perasaan Erina bila
mendapat tahu yang suaminya seorang pengedar dadah sekali gus menagih
benda haram itu. Dan lebih menyakitkan hatinya rupanya Razwan adalah
seorang homoseksual. Dia melakukan
perbuatan sumbang itu di rumahnya, di atas katilnya dan di depan mata
Erina sendiri. Bila mendapati perbuatannya diketahui Erina, Razwan
bertindak membelasah Erina hingga cedera parah.
Haikal bertindak melaporkan kegiatan Razwan kepada pihak polis dan tanpa diduga
rupanya Razwan memang menjadi perhatian polis selama ini. Bila Erina
dimasukkan ke hospital, Razwan terus melarikan diri. Mungkin
menyembunyikan dirinya dari pihak polis. Erina dipindahkan ke hospital
Kuala Lumpur. Trauma masih menghantuinya. Erina dijaga sepenuhnya oleh
keluarga Haikal.
Ketidakselesaan Erina berada di rumah itu di luahkan
pada ibu Haikal, Hajah Dahlia. Tetapi mereka sepakat tidak mahu Erina
berpindah kerana bimbangkan keselamatan Erina. Selagi Razwan dan
koncu-koncunya belum di tangkap selagi itu dirinya masih dalam bahaya.
Mahu tak mahu Erina terpaksa akur dengan keadaan itu.
Kedatangan ibu Razwan membuat Erina resah gelisah namun kemesraan Puan
Mazni mematikan rasa itu. Ibu mertuanya itu terharu melihat penderitaan Erina dan meminta
Erina memaafkan Razwan. Berita yang dibawa ibu mertuanya cukup
menyentap hatinya. Razwan membawa penyakit HIV. Mujurlah Razwan masih
ada kewarasan tidak mahu Erina terkena penyakit yang dibawanya. Erina
bersyukur dengan tindakan Razwan yang masih berperikemanusian itu. Juga
di sampaikan surat talak Razwan kepadanya. Erina tidak tahu kenapa
hatinya bagai ditusuk sembilu apabila menatap surat itu. Terkenang
segala pahit manis hidup bersama Razwan. Tidak dinafikan yang Razwan
pernah menyayanginya dulu dan segala kebaikan Razwan tidak pernah
dilupainya.
Hari berlalu, perasaan Haikal
makin mengebu terhadap Erina. Dia pasti dirinya tidak bertepuk sebelah
tangan. Erina juga berperasaan begitu terhadapnya namun masing-masing
bagai enggan melafazkan kata-kata keramat itu. Yang terzahir hanya
tingkah laku dan kemesraan mereka. Namun kemesraan mereka dapat di hidu
mata tua ibu dan bapa Haikal. Sepakat mereka bercadang menjodohkan
mereka berdua. Pada mulanya, Erina bagai menolak tapi dirinya tidak mahu
kehilangan lelaki itu. Maka di tepis rasa egonya dan berharap
perkahwinan kali keduanya ini dapat memberikan sinar kepadanya.
Ternyata pilihannya kali ini
tidak tersasar. Haikal adalah seorang lelaki yang amat penyayang dan
prihatin terhadap dirinya. Dirinya dilimpahi kasih sayang lelaki itu.
Erina bersyukur sesunguhnya ada bahagia setelah derita melanda hidupnya.
Tamat ...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar